Sama-sama kita terus PATUH SOP, CEGAH & KAWAL penularan wabak COVID-19

Friday, May 15, 2015

Selamat Hari Guru .. Cikgu SEMAHIR

Terima Kasih Cikgu....



GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Tuesday, May 12, 2015

SELAMAT MAJU JAYA..

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Men Atas ... 12.5 - 29.5 2015
Men Ren ... 21.5 - 29.5 2015


Hari Koperasi SMk khir Johari


Saturday, May 9, 2015

HARI SUKAN 2015_2
make music movie
HARI SUKAN PADANG DAN BALAPAN SEMAHIR 2015
TARIKH:  9 MEI 2015
make music movie

Thursday, May 7, 2015

Hari Bakat Pandu Puteri

Hari Bakat Pandu Puteri
Peringkat Daerah Hulu Langat
25 April 2015

SMK KHIR JOHARI memenangi...

JOHAN- Pertandingan Memasak Tanpa Api
JOHAN- Pertandingan Memasak Guna Api
NAIB JOHAN- Gubahan Hantaran Dari Stoking
TEMPAT KE 5 - Gadjet Tripod